There was an error in this gadget

Naufal

Thursday, August 4, 2011

Salam Ramadhan kareem.

Nak citer pasal anak bujang mak nan seorang itu. Lama dah tak cerita, asik2 tepek gambo buat modal. Nampak sangat lah kan? Haha. Aku ada je, menebeng kat twitter most of my time ( free or not).

Last two weeks adalah parents- teachers day. Aku je sorang pegi. Tu pun terlewat dari tarikh sepatutnya sebab masa hari yang betul, kami berkampung kat spital. Skang, apa yang aku boleh buat sendiri memang aku buat sendiri. Aku tak bagitau pun En.Slepi. Dia sibuk. Malas nak peningkan kepala dia. Dia pun dah cukup pening dengan banyak benda jadi benda remeh seperti ni aku buat sendiri. Sedih jugak tengok yang lain datang berpasangan. Apalah perasaan anak aku. Tapi tu lah, dalam dunia ni, semua orang kena berkorban. Semua!

Sesi tu berlangsung dengan agak sayu. Aku malas nak cerita sebab nant aku nangis sorang- sorang haha. Puasa weh, makruh nangis!

Ok, aku nak update progress dia sepanjang bersekolah. Walaupun banyak ponteng dari sekolah tapi Naufal seorang fast learner. Just like me. Kasi can mak masuk lif tekan sendiri ok? Ni antara apa yang dah dia capai setakat hari ini. Alhamdulillah:

1. Surah Yaseen -dah hafal 19 ayat.
2. Doa. Macam2 doa yang dia tau. Lagi banyak yang dia hafal dari yang aku hafal. Bangun tido, sebelum tido, doa makan je 3 bahasa, doa pas wudu', pas azan, doa naik kenderaan, doa kalau hujan, dan macam2 doa lagi.
3. Iqra' dah start buku 2 last week.

4. Azan, iqamah. Hobi dia sekarang, asal aku bentang sejadah kompom dia datang iqamah. Pastu 'OK, mama dah boleh sembahyang. Jangan lupa baca doa'. Sabo x? Aku yang kene tazkirah ngan dia.
5. Al-fatihah.
6. Macam2 jenis selawat yang aku sendiri pun tak tau. Malu dengan anak sendiri.
7. Membaca tu belum boleh tapi mengeja dah ok.
8. No dah tahap juta2 dia leh baca, gara2 banyak main game, kumpul duit hahaha.

Again, syukur pada Allah.

Bulan puasa ni, anak aku puasa tapi makan pun makan, minum pun minum tapi tetap puasa. Asal nak makan dia baca doa buka puasa.

Teringat dia tanya few days back. "mama, puasa tu macamana?". Aku jawab "puasa tu tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh tengok cartoon dari bangun tido sampai maghrib". Pastu papa dia nyampuk "dari bangun tido sampai nak tido balik" haha. Kecut perut anak aku dengar. Sebenarnya sebab anak aku tido pukul 8 kalau hari sekolah tu yang papa dia cakap macam tu.

Banyak nak cerita tapi aku hampir pasti tiada yang membaca. Orang sekarang dah terbiasa dgn status facebook yg sekerat dua ataupun tweet dari twitter sepanjang 140 characters so kalau nampak citer panjang2 ni terus pass. Lelagi la kalau takde gambar. Aku la benornya tu haha.

Until next entry yang ntah bila jaman, daaaaaa ;).

9 remarks:

Sz said...

well done naufal!

eh zan, aku baca lagik line by line..tapi speed reading je la..hehehe...agak2 tak paham kisah aku baca balik... ;p

i.s.z.a.n said...

Suzi:
Haha macihhhh. Aku xkisah pun benornya org baca ke x, aku yg malas, saje cari alasan haha

Ealyie said...

aku baca sampai character terakhir ko taip hokeh..;)

jelita78 said...

Yeayyyy
Congrats Naufal !!
Sejuk perut mak mengandung kan bila tahu pencapaian anak camni.. Syukur ke hadrat Allah..
Geram geram gak kalau tang nakal tu tapi bila camni jadik sebak penuh syukur kan..
Selamat mengharungi Ramadhan Iszan!!

i.s.z.a.n said...

Ealyie:
Yooo lah tu, beli jiwa nampak? Haha

Jelita:
Thanks bebeh. For you too, ramadan kareem :)

FAM said...

aku baca. maka, sila tulis lg. tp lbh bagus disertakan gambar. ;p

zailamohamad said...

Babe, Naufal sekolah katne?? sejuk perut ngandung anak macam Naufal ni

KS said...

alhamdulillah... :)

i.s.z.a.n said...

FAM : klau ada gambo, otomatik jd wordless haha

Zaila: darul ilmu :)

KS: :)