Tragedi 15 Ramadhan

Monday, August 15, 2011

Tragedi lah sangat.

Semalam TuanKecik tak berapa sihat so dia asik tidoooo je. Kalau tak memang haram nak nap. Dah dia tido, Mr.Slepi pulak keroje maka aku yang maha kesunyian ini pun tumpang sekaki tido berjemaah dengan anak. Nak tengok tv yang takde astro tu pun takde citer best. Ahad kan. Mana orang tengok tv. Orang pi jalan-jalan cari baju raya hee. Aku ni kes memang jarang sesangattttt dok umah hari ahad. Tu yang mati kutu.

Ni apa nak citer benornya ni?

Mr.Slepi balik bebetul sebelum buka. Dia tak bagi masak. Katanya tapau makanan bazaar sudah. Saya yang menurut perintah pun idok le masak. Oleh kerana dia lewat jadi aku malas nak ikut pi bazaar.dia tapau sorang. Balik dengan beryani kamben, laksam, kuih tepung pelita, lopes, apam, kurma, cendol 5kedai dan yongtaufoo. Laki aku memang gitu, kalah aku klau dia yang membeli. Dia beli kalau nak makan takpe, dia belikan dgn niat biar anak bini dia makan. Sudahnya yang dimakan cuma laksam. Itupun aku makan tak habis sebab tak sedap. Laki aku buka kurma dgn agak banyak (so not him) dan kuih lopes. Aku soh dia makan beryani tu sebab aku nak ngendeng heee. Dia soh aku makan tp
mana daya, aku dah makan laksam ngan yongtaufoo. Dia kata nanti dia makan pas smayang.

Pukul 8 aku tidokan Naufal. Sebab siang banyak tido maka payahle dia nak tido malam. Sampai pukul 9 dia tak jugak tido sudahnya aku yang tertido haha.

Ni apa yang tragedinya ni? Haha. Melalut je lebih.

Oh pastu pukul 3 aku terjaga. Teringat pulak belum solat. Pastu Naufal pun tjaga jugak mintak susu. Bancuh susu dia, smayang sumer, rendam ikan sebab mengidam asam pedas pastu landing balik. Skali tertido lagi adoiii. Ni dah terlebih tido namanya.

Terjaga bunyi alarm terus bangun. Masak air pastu nak masak nasi. Dah cedok beras tetiba tfikir nak tengok jam. 4.50! pfffttttt. Rupanya aku terjaga yang alarm 4.45am. Nasib belum cuci berasnya. Tuang le balik masuk tong. Kensel asam pedas maka niatnya buat nasi goreng je. Sejak puasa aku memang rajin simpan nasi lebihan sahur. Sayang nak buang padahal bulan tak pose laju je aku humban hee. Kelentang kelentung tumbuk cili. Kuarkan sayur ngan ikan jeruk sebab hajat hati nak buat nasi goreng ikan masin. Siap menumbuk dan memekang di hening subuh sapi'e, aku pun taruk kuali atas dapur. Bila bukak api berkali-kali tak boleh rupanya gas habis pulak!! Double pffftttttt!! Uwaaaaaaaa.

Teringat laki yang buka kuih lopes je. Kesiannya la. Aku bongkar fridge tengok apa yang boleh di makan. Cereal ada tapi laki aku tak makan bebenda gitu. Sekali ternampak bungkusan polisterin. Rupanya dia tak makan beryani semalam. Mungkin sebab tengok aku dah tido and teringat aku nak ngendeng. Aku pun curah beryani ngan lauk dia sekali dalam rice cooker terus panaskan. Jam dah pukul 5.10am. Pastu kami pun share le beryani tu. Syukurrrrr, ada jugak benda yang boleh di makan.

Pastu malam tadi anak aku pesan nak bawak nugget pi skool tapi dah gas takde, camne aku nak goreng? aku bekalkan roti je lah. Dia check pulak tu. Selamat la menjawab and skang hujan lah pulak. Camne aku nak call gas ni? Jap lagi anak aku dah balik. Memang dah tak sempat masak sebab pepagi tadi aku menebeng kat bank.

Eh nape sampul duit raya tak kuar lagi ek? *tetiba*

Balik ni aku nak pi Jusco bawak tuan kecik makan sizzling mee sebelum dia memekak laparrr laparrr laparrrr kat rumah.

Sekian lah cerita tragedi 15 Ramadhan aku. Boleh je taip kat status fb pendek tapi gatai nak memblog haha.

Daaa~~~~.



1 remarks:

sisdee said...

adooiii aku paling le takut klu gas abis ppagi buta...makan okay lagi tapi part air panas..maklum le mak still jenis masak air atas dapur nyah :p