There was an error in this gadget

Happy 5th birthday, son!

Friday, January 13, 2012

Assalamualaikum wbt.

Haaa, dah jatuh hukum wajibulgunnah bagi salam aku ni, punyala lama tak update blog sampai password pun lupa, bley? Ampun le kot ada yang sesekali jengah balik2 muka budak Naufal yang ituuuuu gak menempek kat situ haha. Aku busy berkicau sampai hilang skill blogging. Nak sambung ayat pun macam tak berapa nak reti, ehyeke?

Ni pun blog ada makna nih heee. Kisahnya...

Hari ni, 5 tahun lalu lahirlah budak ni



selepas 3 hari waterbag pecah, bertarung nyawa, dibacakan yassin dan macam-macam lagi (nampak benor banyak dosa :P). Hari ni dia dah besar panjang, dah berusia 5 tahun walaupun orang selalu ingat dia Std.1 dah. Kecik lagi ke anak bujang aku nih? Aku rasa besor sangat dah. Sok-sok tetau je "mama, Naufal nak kahwin" uwaaaaa. Takleh imejin aku.

Happy birthday anak. Semoga awak dikurniakan kesihatan yang lebih baik. Semoga awak menjadi anak yang soleh. Semoga awak tak merempit bila besar kang. Semoga awak peroleh keberkatan di dunia dan di akhirat. Semoga awak hidup senang. Semoga tercapai semua cita-cita awak (kecuali yang mama tak kenan). Semoga belajar dengan bersungguh-sungguh. Semoga awak ingat mama ngan papa dalam setiap tindakan awak. Semoga awak cari isteri yang bebaik, yang bukan takat bley terima awak, tapi terima keluarga awak jugak, eh mulala aku. Budak tu tidur malampun kekadang terbabas ngompol lagi dah citer kawin. Dahhh, ramai sangat yang tempah :P.

Muhammad Zharif Naufal ni bersalin pukul 2.15am 13/01/2007. Masa tu banjir besar kat bumi Johor. Mengandungkan dia dulu kerja aku kuar masuk hospital, masuk air berbotol-botol dek kerana mabuk. Apapun tak boleh makan, apapun tak boleh minum. Tumbang kat office adalah perkara biasa. Terasa panjangggggg perjalanan mengandungkan dia dulu.

Bersalinkan dia pun bukan sesuatu yang mudah. Waterbag broke (bukan leak ya) at 10th Jan but gave birth of him 3 days after that. Itupun selepas induce dengan pitocin (tanpa diberi bantuan pain management). Terlalu banyak air mata yang tumpah mengiringi kelahiran dia. Bukan air mata aku tapi, sakit yang hanya Allah yang tau betapa azabnya tu buatkan aku tak mampu menangis. Yang aku mampu, cengkam tangan trainee yang jaga aku haha. Sampai lebam tangan budak tu, kesiannnn. Teringin nak jumpa dia tapi nama pun tak ingat dah.

Membesarkan dia pun bukan perkara mudah. Dari start lahir kerja kami ulang alik specialist dan hospital. Even last year dia celebrate birthday dia kat hospital T____T.

Walau apapun rintangan, walau sesusah manapun aku (& suami) menjaga dan membesarkan dia, dia tetap anugerah terbesar buat kami. Aku tak boleh tido tanpa dia di sisi (takde husband takpe LOL). Aku memang tak pernah berenggang dengan dia.

Aku tau, aku bukan a good parent to him, tapi aku harap dia tak simpan dalam hati apa pun yang aku buat. Semua yang aku buat hanyalah untuk kebaikan dia. Kalau dia rasa tak logik maknanya masa tu mama dia kena PMS, dia kene redha ngan hakikat tu haha.

Eh dah la, lagi banyak aku citer, lagi banyak aku merapu.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG. NO MATTER HOW MUCH BIRTHDAYS COME AND GO, YOU WILL ALWAYS BE MY BABY.

6 remarks:

sisdee said...

ko tulis camtu pun aku sebak :(( over mmg aku..wlu mcm mana garang kita sebagai ibu tapi anak2 ada segalanya..

happy bday fal...aunty tau fal anak yang baik,bijak dan comel..jadi terus jadi anak yg sebegitu :) oh anak yg soleh juga insyallah..

p/s : ko jgn muntah lak sana sini aku jek komen hahahahha

ibu iman said...

happy birthday naufal!!! auntie doakan moga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu... Aminnn...

Siti Fatimah said...

Happy Birthday Naufal :D

Joy said...

happy birthday Naufal, hensem boy!!

i.s.z.a.n said...

Sisdee: tang mana yg sebak nyah oiii? Haha. Thx anyway :)

Wani: mekasih makcik wani haha suma kene panggil makcik, gasakkkk

Siti: mekasih makcik siti ngeee

Joy: mekasih makcik joy!

sis said...

Dah xsabo nk dpt menHantu ke