There was an error in this gadget

5yo Naufal & 5mo Zara

Wednesday, September 26, 2012

Tajuk tak tentu ada kene mengena ngan entry. Biasale, takkan tak tau lagi kan? Haha. Tapi tajuk itu adalah fakta semasa, harap maklum.


5yo Naufal:

Naufal dah 4 hari semput. Jenuh ulang alik spital sebab taknak admit. Maklum ada bayi. Harini nampak better. Harap2 sok boleh pi skool sebab next week dah nak exam. Jadual exam pun tak dapat lagi.

Teringat tadi masa nak tidurkan dia, dia tetiba sibuk nak makan. Siang tadi time aku masak, yeye dia tak bagi masak lauk dia. Aku kata takpe aku masak je, taknak makan sudah ehhhh dia kata tak payah jugak jadinya aku pun tak masak. Tup2 dah baring kat katil "alamak, terlupa la Fal nak makan nasi", bley? Aku geram tapi bab makan kan..aku diamkan jele. Sudahnya nasi ngn telur kicap. Mana sempat nak defrost binatang bagai. Ayamas ayam goreng taknak plak dia.

Pastu tengah suap dia makan agaknya sementara kunyah tu aku termenung, ntah aku pun tak perasan, tetiba Naufal tegur

"Mama, masa mama termenung tadi kan, ngan rambut mama goyang2, Fal tengok macam Kak Limah",

dengan muka serius dia cakap. Sabo x? Kompom aku cantas kontot rambut aku ahad ni!


5mo Zara:

Masih lagi minum susu cap gantung exclusively, alhamdulillah. Thinking of to start her on solids next week. Tengok lah.

Budak kecik ni dah pandai tiarap sebelum umur 3 bulan lagi walaupun badan agak debab. Ketawa mengilai pun dah pandai apalagi klau abang dia yg agah. Tak buat apa sangat pun ketawa macamle kelako sangat (-___-').

Yg paling ketara skang adalah perangai test tekak dia. Eiii aku gerammmm je tapi nama pun bayi, layankan jele. Asiklaaa nak kokong! Baru taruk kejap dah terpekik terpekau macamle aku dera dia. Bukan nangis, dia jerit dari tekak bebetul. Aku yang dengar pun sakit tekak, dia tak sakit gaknya.

Tido adalah tak lena. Siang tak lena malam pun ntah bape kali bangun. Aku harap bila dia dah start solids kang, lena lah tido malam. Kasi can kat mak dia yang dah lama tak rasa nikmat tido haha.

Ehhhh bangun pulak anak dara aku. Macam tetau je aku ngumpat dia. Lenkali la sambung ya.

Aku nak cerita pasal sakit dia tu tapi tak berkesempatan. Nanti lah!

Babai!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone