There was an error in this gadget

Junior Savings Account

Wednesday, September 19, 2012

Cak! Hahaha pang!

Dah baca tajuk kan? Ni nak citer pasal Kids/ Junior savings account. Maklum baru lepas raya. Tu yang aku dah kumpulkan duit raya bebudak ni pastu berangan nak pi masukkan dalam account. Naufal adalah CIMB Junior Acc, si Zara belum sempat lagi aku nak bukakkan bank account dia. Hari ni lah hajatnya tapi dilema nak bukak account apa.

Macam aku cakap tadi, Naufal ada CIMB account. Tapi ya ampun la CIMB punya kedekut. Sebulan bagi anak aku posen2 je. Nak beli chupa chups sebatang (utk mak dia sebab dia aku tak bagi makan jajan haha) pun tak lepas. Aku ingat jap lagi kang nak pi tutup account dia nak bukakkan bank lain sama-sama ngan Zara.

Cuba korang tengok link ni.

http://mediafocus1999.com/blog/2012/02/comparison-on-kids-saving-account-among-banks-malaysia-2012/

0.65% je ok. Sangat berbeza dengan other banks. Takde benefit. Dari simpan dalam CIMB baik soh dia simpan dalam tabung kat rumah je.

Semalam aku berangan nak pi amik form untuk bukak account hari ni. Pusing Bank Rakyat 2 kali takde parking. Hong Leong je ada. Aku pun turun la tanya. Aku terringatkan iklan dia dapat Upin Ipin tu. Hong Leong kan tu? Tapi aku tanya officer dia kata maknye kene bukak gak skali then accumulate points untuk dapatkan kuali. Yaaa KUALI. Aku tanya Upin Ipin dia bagitau pasal kuali. Kesian terima kasih. Aku rasa mungkin dah habis kot Upin Ipin tu.

Jadinya jap lagi aku nak pi tutup CIMB Naufal. Tengok lah bank mana bakal menjadi pilihan. RHB maybe?

Zara dah bangun, until then, tata!



2 remarks:

KS said...

aku pakai rhb junior tu. mmg mak kena bukak skali sebab dia consider that as joint acc dan kita as trustee. interest dibayar 2 kali setahun rate pon oklah aku tak ingat.

at the same time aku ada asd jugak utk depa. itu rate lagi menarik pada aku.

what i do, monthly aku masuk rhb, setiap 6 bulan lepas dapat interest rhb aku kuarkan masuk asd. duit2 lain mcm birthday or duit raya aku direct masuk asd.

sekian.

noor said...

masuklah ke tabung haji, dpt dividend dan bila dah RM1.5k dah blh daftar utk haji. Zakat pun dah siap bayar... mmg tak rugi...