Kisah Stroller

Monday, October 8, 2012

Salam.

Tetiba (lah sangat) teringat masa bulan puasa bebaru ni. Kami pi Plaza Angsana. Nak cari barang keperluan raya. Kami parking di parking area kat sebelah bangunan HASIL sebab dalam tu dah tentu la kan, penuhhhh manjang. Ye lah, orang lain pun nak raya jugak, nak shopping jugak, bukan ko dan family ko je. Eh tetiba.

Kembali ke topik asal. Kami anak dah 2. Yang abang jenis tak sihat. Tak boleh penat sangat. Jalan pun tak boleh lama sangat. Sampai sekarang masih pakai stroller. Yang adik pulak, timbang baru ni 7.3kg. Daya ko nak dukung sokmo?

Suami pikul stroller sementara aku dukung adik dan pimpin si abang untuk lintas jalan. Memang penat. Itu belum start shopping lagi. Lepas lintas jalan dan berada di kawasan Angsana, kami pun bukak la stroller untuk letak bayi sementara si abang masih boleh bertahan. Kami pun lalu lah bahagian khemah jual kuih2 raya dengan niat nak tengok2 dan cari2 kuih raya buat parents kami.

Memang sesak kat situ. Tetiba "hishhh, leceh betul lah, adake patut kat sini pun sibuk nak tolak stroller", kata seorang makcik gemok. Ya, dia memang gemok. Aku automatic jadi kurang ajar kalau ko sebagai orang tua cakap guna kepala lutut. Dia tak cakap aku, dia cakap couple yang baru melepasi dia. Aku dengar. Silapnya di situ. Aku yang sound. "Makcik nak tolong dokong ke kalau tak pakai stroller? Ada tulis ke kat sini tak boleh bawak stroller? Ke makcik je yang nak raya dan beli kuih raya ni semua?". Makcik gemok tu dan family dia tengok aku sambil mungkin dalam hati "kurang ajarnya budak nih". Dan laki aku juga pandang muka aku mungkin juga sambil cakap dalam hati "mula dah bini singa aku ni". Ada aku kisah?

Mungkin zaman makcik ada anak dulu (kalau ada la), makcik takde stroller atau lebih tepat lagi makcik takpi shopping kat mall sebab mall pun belum ada. Atau mungkin juga makcik tinggalkan anak makcik untuk orang lain jaga. Memang spesis suka menyusahkan orang mungkin? Well, saya bukan jenis begitu ya makcik. Susah senang saya, biar dengan anak2 & suami saya.

Dari pandangan marah makcik tu, aku tau dia geram dengan aku. Tapi silap makcik time saya dah penat dukung anak makcik nak bebel2 tentang benda tak masuk akal. Lenkali makcik yang patut duduk rumah dan buat kuih sendiri, tak payah datang mall pastu nak bebelkan orang gara2 bawak stroller. Stroller beli bukan murah makcik oi dan gunanya adalah untuk usung bayi.

Ini kisah benar. Berlaku pada aku.

Mungkin makcik tu berpendapat patut bayi ditinggalkan dirumah. Lain kali cakap kat diri sendiri je lah makcik. Bayi saya menyusu badan. Bukan menyusu lembu. Saya tak kata menyusu lembu itu salah. Saya cuma menerangkan kes saya. Dan bayi saya juga taknak ebm. Dan kalau bayi saya nak (seperti abangnya dulu) tetap saya takkan tinggalkan. Makcik mungkin belum ada anak, makcik tak paham. Oleh yang demikian baiklah makcik duduk diam2. Takut kata2 makcik sendiri memakan diri.

Seriously, kenapakah ada mulut sepuaka ini?

Dalam dunia ni, takde apa yang bersifat kekal kecuali ALLAH swt. Semuanya bersifat tidak kompom. Ya, kata kunci di situ. Maka, berhati-hatilah dalam setiap yang di buat.


Sent from my iPad2

6 remarks:

KS said...

omg nak like berbilion kali boleh????

good one isz!

dia tak rasa dia tak tahu. dulu kata orang (Makmer) meroyan. sekarang dia dah setarap makmer. eh bawah sikit sebab dia semekin. :P

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Aku like entry ni juta juta juta juta kali.. Bg aku susah senang aku heret anak2 aku.. Bwk stroller xde nye nak susahkan org tinggal anak..

Kalau xmo susah leceh2, jgn beranak senang.. Leh berlenggang ke mana sahaja.. Tak gitu?

Diana AR said...

mmg ade spesis manusia camtu..
abaikan

IntanSham said...

Terbaekkkkk sungguh n3 ko! Two thumbs up beb! Mmg puaka molot makcik yg bebel psl strollernkt angsinun tuuuu...

BYZURA RAZALI said...

salam.1st time singgah.
entry terbaikkkk :)