There was an error in this gadget

Manusia mudah lupa

Tuesday, October 9, 2012

[Entry ni aku dah send for publishing last week rupanya masih sangkut dalam bb. Cilakak!]

Baru kahwin dah pandai mengata orang yang belum kahwin.

Baru preggy dah pandai mengajar orang pasal parenting.

Baru dapat kerja bagus sket (tu pun belum confirm) dah pandang rendah orang lain.

Baru kurus sket dah pandai mengajar orang diet (padahal ko kurus pasal makan hati).

Baru belajar pakai bag mahal dah pandai condemn local brands.

Baru beli keta besar sket dah eksyen mengata orang keta kecik, orang yg bawak motor.

Baru beli rumah dah pandai tazkirah orang lain yang dok menyewa.

Baru pakai tudung mahal sket dah pandai mengata tudung lain tak cun.

Baru pestaim susukan anak dah macam ko lah lactation counselor.

Baru pi melancong skali, tu pun sebab co's family day, dah macam melancong 1 dunia.

Baru pakai iphone dah nak mengata orang pakai samsung.

Baru minum chatime skali dah kata coolblog tak kelas.

Baru pakai tudung (lagi haha) dah pandai komen ala2 hijabista (kedaung).

Baru beli tiffany & co (paling murah) dah pandai perlekeh orang yg pakai gelang emas bun poh.

Baru pi spital private (tu pun co bayar, klaux haram le nak pi) dah pandai mengata spital gomen macam2.

Nak aku sambung lagi ke? Sampai besok tak habis kang.

Ni aku cakap diri aku ya. Sebahagiannya la. Jangan le nak terasa.

The thing is, ko nak cakap apa pun boleh, tapi biar kene cara. Kene gaya, susun ayat tu bebaik. Meh aku bagi contoh:

"Korang tu belum kahwin, jaga2 sikit.."

Ayat yg elok hmmm ko DM je le xyah publish kat TL bagi semorang nampak.

"Out dated nya pakai tudung awning keras"

Ni lagi contoh ayat. Takke berbulu klau dengar? Walaupun ko tak pakai tudung awning (sebab mungkin ko kedekut nak spend duit kat tudung awning yg cantik sebaliknya beli yg kat pasar malam dgn awning dah macam kelim karipap takpun beli shawl RM10 sehelai), tak boleh ke ayat tu ko alter kasi cantik sket? Ataupun adalah lebih baik ko just keep it to your (effing) self.

Musuh jangan cari. Celupar is fine. Haha! Sebab aku celupar tettt. Tapi, tengok sekeliling sebelum cakap. Kalau apa yang ko cakap walaupun baik tapi mengguris hati orang, pahala ke ko harap ko dapat?

Ishkkk aku ni. Again, aku mengata diri sendiri mostly ni.

Kompom entry ni mengundang salah sangka ramai pihak, kompommmmm.

Dengan lafaz bismillah... *tekan post*.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6 remarks:

Sayang.Ibu said...

Sobbbb... Aku pakai tudung awning (mahal).... *kesat airmata* :p

sisdee said...

errr aku pki gak shawl 10 hggt :(((

eZa said...

aku pakai tudung awning keras ok. tapi takpe aku bukan hijabsta :P

MS said...

aku pakai hp samsung. apa dosa samsung? siapa mengata tu???

*sinsing lengan baju*

KS said...

ya, baru belajar pakai kasut gamo nak eksen. padahal aku yang belikan kasut tu kat rome. nak paling murah. tapi nak branded. ppfftt..

NORA ANSHAR said...

Assalamualaikum... First time commenting here but I can't help but LOL at KS's comment. Tu je nak cakap.