Showing posts with label Books 2010. Show all posts
Showing posts with label Books 2010. Show all posts

1-1-11 So long 2010..welcome 2011

Saturday, January 1, 2011

A great way of greeting 2011 is by finishing 2010's unfinished business. Well, at least for me and in my case was this book. I tried so hard to finish it before last night's fireworks tapi...MALAS! Join my two buayabrand boyfriends tido lagi baik. Selagi tak habis, dunia tak aman. Dan amatlah tidak baik memulakan tahun baru dengan menangguhkan urusan 2010. Rasa maca setahun aku nak habiskan buku ni sebab tahun 2011 baru habis :P.

But...I simply love this book. Nothing strong tapi sangat sesuai dibaca waktu santai, apa ko merepek setan?


Dan ini sebagai penutup 2010. Menu raya when there's actually nothing to celebrate. Nasi-ntah-xtau, kari daging, ayam tomato & kerabu epal. Epal je pokok yang aku jumpa dalam fridge aku yang boleh aku padankan ngn menu aku. Ye lah tu.



2010 was not a good year for me tho and I'm praying that semuanya will be much better for me this year.

Have a wonderful new year everyone!

Goodnight, beautiful by Dorothy Koomson

Friday, December 10, 2010

I just finished reading this. I like how this book was made. The flow. The story. But I hate how it ends! I just hate it!



I hope this is not the last book I read for 2010.

Mini Shopaholic by Sophie Kinsella

Saturday, October 30, 2010

Phewwwww *lap peluh*. Finally, khatam jugak aku baca buku ni. Gila lembab nak habiskan. Tak macam buku-buku SK sebelum ni, 1 ari kompom habis!

Da masuk rak siap pakai plastik balik. Ada sesapa nak beli? haha.

Review?


Omaigoddddddddddddddd, soooooooooooooooooo Becky and sooooooooooooooo predictable and soooooooooooooo sooooooooooooooo damn boring!!!!

Tak reti nak review camne. SK is funny like ever tapi jalan cerita ni macam takde pape. Aku adalah peminat setia SK (but not Madeleine Wickham walaupun orang yg sama) tapi pada aku buku yang ditunggu-tunggu oleh aku macam nak rak ni adalah tidak menepati apa yg aku harapkan. Aku sebenarnya tak tau apa yang aku harapkan tapi cam x strong lah jalan cerita dia. Agaknya sebab SK ni desperate nak teruskan jugak cerita si Becky ni sampai takde idea nak buat apa, haha keji.

Aku lagi suka buku dia yang bukan shopaholic series. Jenis 1 go camtu. Puas hati. Ni memang tergantung lah, banyak tak settle lagi terutamanya pasal Elinor (mak Luke). I bet the next shopaholic series pasal dia gi L.A tu kang.

Pada aku tak berbaloi penantian dan pencarian aku sekitar JB.

Pada yang dah baca, apa pendapat korang?

Angels by Marian Keyes

Friday, October 8, 2010



Baru habis baca malam tadi. Takde apa yang menarik sebab tu baca slow-slow. Tapi ok lah baca untuk orang yg takde keje nak buat cam aku (walaupun sebenarnya bila aku mula baca buku je suma keja umah aku abaikan kecuali masak :P).

Citer pasal rumah tangga. Very light number. Pasal laki terkantoi ada pompuan lain walaupun tak serious tapi isteri bawak diri. Pasal isteri yang tak nampak sebenarnya apa yang berlaku, dia turut menyumbang pada permasalahan tersebut (mak ai ayat ko). Pasal isteri yang mencari jalan keluar dari masalah dengan mencari masalah.

Ending dia predictable. Dia balik pada laki dia (ooopsss, spoiler) sebab he will always be the best.

Aku memang suka Marian Keyes. Takde la best sangat-sangat tapi jalan cerita dia tak membosankan. Takdelah baru baca sket aku nak melangkah baca ending terus ataupun kadang-kadang aku tutup terus.

Sekian review tak berfaedah seperti biasa dari bacaan terbaru cik i.s.z.a.n setelah sekian lama tak membaca.

Johnny Angel by Danielle Steel

Tuesday, July 6, 2010

-pic gagal diupload, harap maklum-

Buku pertama Danielle Steel yang aku baca. Saje aku pilih yang nipis supaya cepat habis. Pada aku Danielle Steel ni tulis buku memang style orang tua. Dia pun kan dah tua :P. Semua characters dalam cerita ni baik. Jalan cerita slow tapi bila tang sedih memang meleleh air mata. Ketawa aku tak ingat pulak, rasa takde kot.

Buku ni pasal highschool couple, Johnny and Becky yang memang rapat gila, direstui, baik, cantik pendek kata semua yang baik-baik belaka la. Yang kurang baik cuma financial state both families sampai menyebabkan both kena kerja lepas sekolah tapi itu semua bukan masalah pada mereka.

Semuanya indah sehingga Johnny mati dalam accident on the way back from prom night. Semua orang tak boleh terima Johnny's sudden death. Lepas 2 bulan Johnny balik as an angel (agaknya, ni aku la cakap, sebab dia tak balik sebagai hantu :P) tapi yang boleh nampak dia cuma mak dia and adik lelaki dia.

Nama pun angel kan? Dia datang nak fix everythings yang dia tinggalkan secara tiba-tiba. Pendek kata semuanya serba serbi OK heee.

Pastu abis assignment dia, dia pun balik. Balik mana jangan tanya aku.

Gaya cerita buku ni memang macam mak nenek (macamana yang aku cerita haha) tapi aku suka. Maksud aku memang boleh di baca. Ada cerita. Susunan (kannnnnnn??? mesti susunan dia nak mention) ok. Can read la orang kata.

Next...sila jangan percaya kalau aku bagitau pape buku yang bakal aku baca sebab being me, dalam otak dah aim nak baca apa sampai bookshelf mesti aku tukar fikiran.

Chiow bebeh.


Sleeping Arrangement by Madeleine Wickham

Saturday, July 3, 2010

It took me 2 days to finish this book. Payah nak baca sebab hardcover book. Aku suka hardcover book just for the sake of my bookshelf tapi adalah sangat susah dan tak praktikal langsung apabila nak dibuat baca, haihhh. No more hard cover after this!

The review from here:

When a mutual friend promises two families that they can use his Spanish villa the same week, a situation ensues. Both families are surprised to find the other at the villa, and Chloe must spend the week with the man who broke her heart 15 years ago.



As for me, aku agak kecewa dengan buku ni. It's not up to my expectation AT ALL. Books by Sophie Kinsella (Madeleine Wickham is her another name- specifically for more serious number i think) will always excites me. Aku ada semua buku SK but this is my first try untuk Madeleine Wickham.

Ntah ek, pada aku cara dia susun buku (pompuan ni memang tak habis-habis ngan susun buku :P) memang tak pernah mengecewakan. It's just the story itself. Macam takde x-factor gitu. Aku takde emosi langsung bila baca buku ni. Takde gelak, takde geram (geram sebab buku tak best adale), takde nangis.

And for that, i give this book 2.5 out of 5. Jangan marah pada sesiapa yang suka gila buku ni sampai boleh repeat doplohmpat kali. Maybe untuk orang lain buku ni ok tapi bukan pada aku. Sorry ladies ;).

Next.....errr tak tau lagi, something from author yang aku tak pernah baca maybe. John Grisham maybe. Ntahle, xtau lagi, kene berteleku depan bookshelf seperti biasa :).

Have a blast weekend everyone :).

The Host by Stephenie Meyer- habis sudah

Tuesday, June 29, 2010

Akhirnya habis gak aku baca buku ni.

Justify Full
Synopsis by http://www.thehostnovel.com/

Our world has been invaded by an unseen enemy. Humans become hosts for these invaders, their minds taken over while their bodies remain intact and continue their lives apparently unchanged. Most of humanity has succumbed.

When Melanie, one of the few remaining "wild" humans, is captured, she is certain it is her end. Wanderer, the invading "soul" who has been given Melanie's body, was warned about the challenges of living inside a human: the overwhelming emotions, the glut of senses, the too-vivid memories. But there was one difficulty Wanderer didn't expect: the former tenant of her body refusing to relinquish possession of her mind.

When outside forces make Wanderer and Melanie unwilling allies, they set off on a dangerous and uncertain search for the man they both love.


For all Twilighters, so sorry, there's no vampires in this book :P.

Buku ni pasal alien. Alien ke ek? Camne nak cakap. Soul la. Soul yang menakluki dunia ni sampai manusia plak jadi pelarian, kena sembunyi takut kena bunuh pastu nanti badan diorang kena take over by these alien souls that came from other planets like (dalam buku ni lah) Bats, Dolphins, Flower etc.

Character dalam buku ni antaranya Wanderer(the soul), Melanie Stryer (the host), Jared (Mel's sweetheart :P), Jamie (Mel's lil bro), Ian (Wanderer's SA :P). Tu yang main la.

Aku gatal je nak tulis ceritanya tp taknak la jd spoiler pada sesapa yang berhajat nak baca kang.

It's a bit slow at the beginning but quite a good book actually. Sebab tu aku amik masa gakla nak habiskan buku ni. Kira sejam bukak, 2 hari tutup terus pastu bukak balik baca 3 pages simpan lagi 2 3 hari.

Apa yang aku suka dengan Stephenie Meyer punya books adalah cara dia susun buku dia. teratur. Flow-by-flow.

It's a happy ending story. Tapi sebelum tu ada la nangis-nangis jugak. Nak happy kenelah nangis dulu ye tak?.

Buku yang boleh di baca. Rate aku 4/5 ;).

Next..Sleeping Arrangement by Madeleine Wickham.

The Host by Stephenie Meyer

Thursday, June 24, 2010

Baca buku, aku masukkan e-book kat hp, kat psp tp tetap tak bley pegi, adoiiiiiiiii. Tapi bila dah mula, kena jugak habiskan, kalau aku bukak buku lain alamatnya aku takkan baca bukunya dah!


Rachel's Holiday by Marian Keyes

Saturday, June 12, 2010



Review from Amazon:
‘How did it end up like this? Twenty-seven, unemployed, mistaken for a drug addict, in a treatment centre in the back arse of nowhere with an empty Valium bottle in my knickers . . .’ Meet Rachel Walsh. She has a pair of size 8 feet and such a fondness for recreational drugs that her family has forked out the cash for a spell in Cloisters – Dublin’s answer to the Betty Ford Clinic. She’s only agreed to her incarceration because she’s heard that rehab is wall-to-wall jacuzzis, gymnasiums and rock stars going tepid turkey – and it’s about time she had a holiday. But what Rachel doesn’t count on are the toe-curling embarrassments heaped on her by family and group therapy, the dearth of sex, drugs and rock’n’roll – and missing Luke, her ex. What kind of a new start in life is this?


Review aku:
Aku habis baca buku ni 3 hari lepas. Best! Aku suka. Lepas banyak buku beberat aku baca, aku berbalik kepada chic lit. Tak menghampakan. Sebelum ni payah aku nak baca chic lit selain buku-buku dari Sophie Kinsella.

Lepas ni aku akan baca lagi buku dari Marian Keyes. Harap-harap ok la jugak. Ada sesapa nak belikan? :P.

Aku bley ketawa, bley menangis, bley menyampah masa baca buku ni, jadinya pada aku memang ok la. Lagipun aku takde rasa nak jump terus baca ending dia.

Rating aku bagi 4/5 :).

Next is The Host by Stephenie Meyer. Aku dah mula baca pun tapi biasalah klau si Stephenie Meyer nyer buku, tak merepek memang tak sah. Habis kang aku review ;).

I saw you by Julie Parsons

Saturday, May 29, 2010

Baru khatam buku ni. Gila lambat aku baca.



The synopsis (from TowerBooks):

For 10 years, newly retired policeman Michael McLoughlin has been haunted by the case of a young woman brutally murdered and the affection he felt for the victim's mother, Margaret. A favor for a friend leads him to another woman who has lost a child—her daughter has been found drowned in the same lake her stepfather died in years earlier. Was it an accident, suicide, or murder? Margaret, too, has been tormented by thoughts of that long, hot summer so many years ago. Memories of her daughter and the killer give her no peace and she finally returns to Dublin to face her demons, leading her back to a man she never thought she'd see again, and to a mother with grief to match her own. This is a chilling and dark novel of love, revenge, and atonement.


Review aku?

Cerita yg sangat slow. Ko takkan terkejar-kejar nak habiskan baca sebab takde apa yang menarik sangat sampai ko tak sabar-sabar nak flip to the next page. Faham?

Too many characters, too many nama tempat. Buku ni cara dia susun ntah macam mana. Dalam 1 chapter ada 3 4 5 watak bercakap, kejap flashback kejap kang kat dunia nyata. Which is when pun kekadang aku lost track.

Pastu ending dia macam tergantung gitu.

Aku tak cakap buku ni tak bagus. Aku tak suka cara dia susun buku ni tapi buku ni boleh di baca. Ada cerita walaupun tiada x factor. Takdelah lepas habis ko baca ko cakap "eiiiiiii, nyosal den buang maso baco buku nih". It's a ok piece tapi takde apa yang menarik untuk dijadikan pilihan untuk membaca (paham x bebelan aku ni?).

As for me, aku takkan baca any other book by Julie Parson. Aku memang macam ni. Klau aku baca 1 buku tu best, aku akan cuba dapatkan complete collection of the author punya buku tapi klau tak best (macam Dorothy Koomson jugak), 1 tu je lah buku aku baca. Tapi ada gak kes yang aku baca first book ok pastu yang lain ampeh like Cecelia Ahern punya buku. PS I Love You is a ok tapi yang lain, hampehhhhhhhh. Aku takleh continue baca after bebebebebeberapa pages.

Ok, enuff of merepek. Choiw ;).

Currently reading..

Saturday, May 22, 2010

Any idea? ;)




Post Mortem by Patricia Cornwell

Friday, May 21, 2010



Sexy x cover dia :P. Sama dengan buku aku yang buruk dia tahap kurun ke 10 punya buku. I bought secondhand from this one online seller. Janji boleh baca aku tak kisah la buruk pun. I am the person that don't care buying anything secondhand tapi kalau bag tu biarlah in very-very good condition because I'm the type of person that wouldn't pay full price for anything that'll cost me a bomb.

I just finished reading this book last night at around 1am and I can't get myself into bed after that. Haha, gila terpengaruh. My heart thudding like it going to make my chest explode. Aku siap hold Naufal's hand in mine sebab takut. Gila!

The book is about penyiasatan dan pencarian serial rapist and murderer. Tukang cerita adalah chief medical examiner, Dr Scarpetta or Kay as they called her. Dia yang buat post mortem for all 5 victims that were murdered slowly by strangulation. Sampai sudah aku tak tau sape the psychopath, rasa-rasa sepanjang aku baca suma aku jadikan suspect. Macam aku plak penyiasat, gila over.

Pastu, aku plak yang tetiba rasa kene snoop masa baca buku ni. Terasa konon cam ada org plak nak bunuh aku. Eiii memang sewel.

Pada aku the subject of this book is not as heavy as Jodi Picoult's books tapi aku rasa it'll take me quite a while before aku start baca another book by Patricia Cornwell.

Actually, this is my first time reading this kind of book. Interesting but I easily got carried away. Pastu aku yang takut sorang-sorang. Ntah pape.

Maybe pada yang dah baca takde pun rasa macam aku, aku je kot terlebih masuk jadi pencerita dalam buku ni haha. Walaupun sebenarnya banyak medical's and police's terms yang aku buat-buat paham je tapi aku tetap rasa buku ni worth my every minute membacanya.

Next, maybe The Host by Stephenie Meyer.

Chiow ;).


p/s: Aku kalau dah start membaca memang tak jadi orang selagi buku tu tak habis. And today I'll finish lipat baju yang dah menggunung tu sebelum mula buku lain. Bencinya :(.



Bahan bacaan baru

Friday, May 14, 2010

Skang aku tengah gila Jodi Picoult's books. Dah baca 3 books from her, ni another 4. Klau ok aku nak cari complete collection of her books.


Another true story : Sickened by Julie Gregory

Wednesday, March 3, 2010



Jenis penderaan yang agak pelik. Mak dia membuatkan dia (Julie), doctors dan orang sekeliling percaya yang anak dia sakit untuk meraih simpati sedangkan anak dia takde pape. Aku tak reti camne nak describe. Tapi si author ni asik di bawa berjumpa doctors dan pelbagai pakar dengan alasan dia sakit teruk (macam sama je ngan ayat kat atas haha). Mak dia akan paksa dia buat dia bebetul sakit bila nak jumpa doctor. Mak dia insist pelbagai test di buat untuk mencari apakah penyakit dia.

Sampai besar dia di treat begitu.

Alah, nak tau bacalah sendiri. Susah plak aku nak citer. Tapi inilah buku perama yang aku mengelat baca tebuk-tebuk sebab aku bosan nak tunggu :P.

Sekian review dari tukang review tak rasmi yang tak boleh di harap ;). Chiow.

Tell me why, Mummy by David Thomas

Monday, February 22, 2010

I just finished reading this book yesterday. Buku ni mengenai kisah benar the author dari kecik where he was sexually, physically and mentally abused by his very own mother. He is the only child, came from a broken family. Bapak dia OK tapi tak click dengan dia sebab bapak dia memang macam tu, emotionless. Mak dia pulak alcoholic. He was abused every times his mother drunk.

All his life (owh, dia masih hidup lagi), he is wondering kenapa mak dia sexually abused dia. Dia tak sure sebenarnya mak dia sedar tak apa yang dia buat masa dia drunk sebab mak dia sentiasa buat macam takde apa berlaku the next morning.

Now, he is a success man.

Sekian review tak seberapa cik iszan ;).

Next..The Pact or Change of Heart by Jodi Picoult.


Tuesday's Child by Louise Bagshawe

Saturday, January 16, 2010

OK lah. Baca pun boleh tapi tak payah baca pun tak rugi. Takde apa yang menarik cuma jalan cerita dia tak membosankan. Tapi masih tiada X-Factor like My Sister's Keeper by Jodi Picoult.

I'm going to stop reading a novel for a while. Tengok kerja tempat baru camne, baru boleh resume.


My Best Friend's Girl by Dorothy Koomson

Saturday, January 9, 2010



It took me 3 days to finish this book. My verdict? Biasa-biasa je. Tapi aku tak recommend la buku ni untuk sesiapa baca. Haha gila keji. But seriously. Ianya sekadar buku yang boleh di baca tapi tiada X factor. Takde climax. Mendatar. Memang terhibur la dengan watak 5-year-old Tegan, one of main character in the book tapi setakat itu je lah. Ketawa bila baca, bila tang sedih menitik gak air mata tapi jalan cerita adalah sangat biasa dan tidak strong.

It just me ok. kalau pada aku OK aku akan recommend, kalau tak, aku cakap direct. Mazz, takyah la cari buku ni tapi kalau u nak jugak, I can post mine to you ;) (pinjam, bukan bagi :P).

Next, hmmmm...tak tau lagi, ada lebih 10 buku lagi yang belum aku baca termasuk beberapa yang aku cuba baca tapi tak boleh pergi contohnya few books by Cecilia Ahern and Such A Pretty Fat by Jen Lancaster. Buku Jen Lancaster ni adala 5 kali aku cuba baca tapi tak boleh pergi ok, takpe, lain taun cuba lagi :P. Owh, ada 3 buku lagi dalam perjalanan, apekah?

Selamat beronggeng di hari minggu, chiow ;).

My Sister's Keeper: Book vs Movie

Monday, January 4, 2010

Both best giler! Bacalah! dan tengoklah! 2 2 buat aku melalak. Melalak ok, bukan menitiskan air mata.

And actually, both of it were 2 different story. Ending lain. Characters hanya pada nama. The movie was not going deep enough as the book did. But both were beautiful on it's very own way. (Unlike Twilight saga, the books are wayyyyyy better than the movies.)

It took two days for me to finish the book. And currently i'm reading My Best Friend's Girl by Dorothy Koomson.

Got some reading to do ;) Chiow.